dRSunnah.Com | Pengedar Produk Kesihatan Sunnah dan Alami Terbesar

Delima, Minyak Zaiton, Alkaline JUice Himax5

dRS - ePAY

Mesin Pembayar hanya di HP.

Virgin Olive House

MINYAK ZAITON - PERAHAN MINYAK ZAITON.

Natural WorldWide

Makanan Kesihatan 10 in 1 - Delima, Apricot, Epal, Madu, Badam, Teen. Kismis Kulit Kayu Manis, Colagen, Habbatusaoda

Saturday 27 February 2016

Kita boleh menang di mana-mana - Presiden PAS

MARANG: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian bahawa PAS tidak merebut kuasa sebaliknya mahu Islam ditegakkan.



Presiden PAS itu menegaskan demikian ketika berucap merasmikan Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Kampung Padang Mengkuang, malam tadi.

"PAS tak rebut kuasa, kita hanya mahu orang ikut Islam. Kita nak Islam ditegakkan," ujarnya pada program anjuran PAS Negeri Terengganu itu.
Turut berucap ialah AJK PAS Pusat yang juga Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, Pesuruhaya PAS negeri, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Pengarah Harap 3.3, Kamaruzaman Abdullah dan Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Yahaya Ali.

Begitupun, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang mengingatkan agar Islam tidak dipermain-mainkan.

"Tapi ingat, jangan permain-mainkan Islam. Kita akan hambat hingga ke lubang cacing," tegasnya.

Tuan Guru Abdul Hadi turut melahirkan keyakinan PAS mempunyai peluang yang cerah di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.

RAKYAT NAK PAKOH LAGI KO PEMIMPIN BEGINI?


"Harapan kita di Terengganu adalah cerah. Sejarah, kita pernah menang di Terengganu.

"Kita boleh menang di mana-mana dengan izin Allah," ujarnya lagi.

Pada majlis itu, beliau turut menerima 5,030 borang permohonan keahlian PAS daripada masyarakat di negeri ini yang diusahakan dalam tempoh dua minggu.

Sebelum ini, Harap 3.1 diadakan di Dun Seberang Takir, Kuala Nerus pada 29 hingga 31 Januari 2015 sementara Harap 3.2 di Dun Rantau Abang, Dungun pada 17 hingga 19 September 2015. - HARAKAHDAILY 27/2/2016


http://kedaidrsunnah.blogspot.com
0139299944





..


Share:

Rakyat lebih marah bila Dr M buang Anwar, kata Nazri

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, sampai sekarang, rakyat masih marah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan tindakannya melucutkan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada tahun 1998.
Nazri berkata, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden parti itu tidak sampai menjejaskan rakyat berbanding apa yang berlaku ke atas Anwar.
“Muhyiddin bukan seperti zaman Tun Dr Mahathir buang Anwar, reaksi rakyat sangat kuat, kita lihat banyak demonstrasi.
“Tapi sekarang kita tengok bila Muhyiddin di gugur sebagai timbalan presiden, tak ada apa-apa pun, jadi saya ingat Umno tak terjejas.
“Dulu (masa) Anwar (dipecat) teruk, sampai sekarang kita kena hadapi dia. Tapi Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz tidak ada apa-apa yang terjejas,” katanya kepada Malaysiakini.
Sebelum ini Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh Ismail Mohamed berkata, rakyat Johor sangat sedih sekiranya Muhyiddin digantung dari jawatannya.
Mengulas lanjut, Nazri berkata rakyat Johor langsung tidak marah mahupun sedih dengan keputusan tersebut.

PEMIMPIN BEGINILAH DIPAKAH ORANG UMNO / BN
Malah, tambahnya, Muhyddin bukan mewakili negeri itu sebaliknya hanya bahagian Pagoh sahaja.
“Kita lihat rakyat Johor tak marah, sedih… tak ada orang Johor yang marah, kita ada orang Johor yang juga MT seperti Datuk Seri Azalina Othman (Pangerang), Mohd Puad Zarkashi (Batu Pahat), Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Sri Gading)…
“Kita tahu banyak lagi bahagian yang tidak jadi MT di Johor, mereka tidak suarakan tidak puas hati. Muhyiddin tidak wakili Johor tapi Pagoh je.
“Kita dengar yang bising cuma ketua pemuda bahagian dan timbalan dia, semua yang cari makan dari tangan Muhyiddin itu biasalah mereka bela ketua,” katanya.
Semalam Muhyiddin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Penggantungan Muhyiddin itu berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang...




 http://kedaidrsunnah.blogspot.com/






Share:

Friday 26 February 2016

Muhyiddin digantung jawatan, Zahid pangku timbalan presiden


Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan sebagai timbalan presiden Umno berkuat kuasa serta-merta.
Menurut Bernama, penggantungan Muhyiddin berkuat kuasa sehingga pemilihan parti akan datang.
Keputusan itu dikatakan dibuat secara sepakat pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang ini.
Muhyiddin tidak hadir dalam mesyuarat hari ini dan dikatakan berada di luar negara.
Bernama juga melaporkan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan memangku tugas Muhyiddin sehingga pemilihan parti akan datang.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (gambar) yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata keputusan dibuat berdasarkan konsensus tadi diharap dapat membantu parti Melayu itu untuk terus mara.
“Hakikat bahawa keputusan telah dibuat oleh majlis tertinggi dan keputusan dibuat ini bersandarkan (kepada sebab) kita nak melihat ke hadapan (dalam) satu pasukan bagi berhadapan dengan rakyat.
“Dan harapan peribadi saya, dengan keputusan yang dibuat secara konsensus ini dapat membantu kita bergerak ke hadapan tanpa kita mempertikaikan gerakan-gerakan yang saya tengok penting ketika kita berhadapan dengan rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi PWTC.
Muhyiddin sebelum ini digugurkan jawatan sebagai timbalan perdana menteri setelah lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Langkah itu dilihat sebagai gerak terbaru Najib menguatkan cengkamannya dalam parti setelah Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan beliau daripada sebarang salah laku.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhkriz Mahathir, yang juga kritikal kepada pentadbiran Najib seperti bapanya, juga telah berjaya ditukar sebelum ini.

pemimpin umno - MT Datuk Seri Nazri Aziz
Seorang anggota MT Datuk Seri Nazri Aziz baru-baru ini mengumpamakan tindakan Muhyiddin kebelakangan ini “ibarat anjing yang sibuk menggigit kaki” sehingga menyukarkan Umno melaksanakan tanggungjawabnya.
Beliau sebelum ini berkata mahu membawa cadangan kepada jawatankuasa disiplin parti pada mesyuarat MT Umno hari ini agar Muhyiddin digantung jawatannya.
..

Share:

Tiada siapa terlepas daripada himpitan kubur


Kubur rumah terakhir manusia sebelum diadili di padang Masyar. - Gambar hiasan

Selepas tiba saat kita kembali menghadap Allah SWT, perkara yang perlu diingat ialah jasad sudah tiada lagi nilainya, walaupun semasa hayat banyak masa dan wang ringgit dihabiskan demi menjaga jasad. Hakikatnya, walaupun jasad sudah tidak mampu bergerak roh akan terus melalui perjalanan.
Sekiranya berjaya melalui alam barzakh dengan berada di dalam taman syurga, maka ia satu kenikmatan kepada kita. Tetapi sebaliknya jika kematian penuh dengan fitnah dan azab, maka kita akan menjadi manusia yang penuh kekecewaan.

Menurut perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui segmen Mau'izati di IKIMfm pada Khamis, jam 5.15 petang, pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, jasad akan mulai busuk dan bahagian badan yang pertama mengalaminya ialah perut serta kemaluan.
Kemudian jasad akan mula berubah warna hijau dan cenderung menjadi lebih gelap. Malam berikutnya, seluruh organ dalaman seperti paru-paru, hati dan limpa mula menjadi busuk. Pada malam ketiga di alam barzakh, segala lendiran dan cecair mula keluar dari mata, telinga, malah jasad semakin berbau busuk.

Sehinggalah tiba hari ketujuh hingga ke -10, tubuh membengkak dan sangat busuk serta mula didatangi ulat. Selepas dua minggu, jasad dipenuhi ulat serta dimakan cacing. Dalam tempoh enam bulan, sudah tiada lagi isi dan daging, yang tinggal hanyalah tulang serta rangka.
Tetapi Nabi, syuhada dan orang salih termasuk dalam kalangan mereka yang menghafaz al-Quran diberi keistimewaan oleh Allah SWT.

Selepas 25 tahun meninggal dunia, nama kita sudah tidak lagi disebut-sebut dan apa yang tinggal hanyalah tulang kecil daripada bahagian punggung. Kita akan dibangkitkan pada hari akhirat kelak daripada tulang sekecil itu.

Bermula sejak diturunkan jasad ke liang lahad, setiap roh akan melalui suasana yang berbeza antara satu sama lain bergantung kepada amalannya ketika hidup di dunia. Sebagai orang Mukmin, perkara pertama yang akan dilalui ialah himpitan kubur yang tidak akan ada sesiapa terlepas daripada mengalaminya.

Kemudian melihat malaikat yang berwarna hitam kebiru-biruan iaitu Mungkar dan Nakir berada di hujung kaki. Jasad mula diletakkan sama dengan tanah dan akan kedengaran suara yang menyebut: "Selamat datang wahai hamba Allah, kamu akan lihat bagaimana akan aku lakukan kepada kamu sebentar lagi."

Kalimah itu benar-benar mengejutkan sehingga menyebabkan kita tercari-cari dari manakah datangnya suara itu, sedangkan ia sebenarnya datang daripada tanah tempat kita disemadikan.
Apabila jenazah mula ditutup, datang pula malaikat Roman meminta si mati menulis semua amalan baik dan buruk yang sudah dilakukan ketika hidup di dunia dengan menggunakan cebisan kain kapan, lalu segala catatan itu akan digantung pada leher si mati.
Selepas itu, datang pula malaikat Mungkar dan Nakir yang mula menghalau segala amalan solat, puasa dan zakat yang berada di sekitar si mati untuk menghalang kedua-dua malaikat daripada memulakan sesi soal jawab kepada si mati. Hanya al-Quran sahaja yang mampu menjadi pelindung kepada kita pada saat itu.


semua akan mati


Soal jawab Mungkar Nakir berbeza

Berdasarkan kitab karangan Imam Qurtubi dan Imam Jalaluddin al-Suyuti, soal jawab oleh malaikat Mungkar dan Nakir berbeza kepada setiap manusia berdasarkan amalan di dunia. Ada yang disoal mengenai Rasulullah SAW sahaja dan apabila mampu menjawabnya dia akan terlepas daripada soalan lain.

Oleh itu berusahalah untuk mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan beriman dengan apa yang dibawa Baginda. Selepas berjaya menjawab mengenai Rasulullah SAW, malaikat akan terus menunjukkan tempatnya di dalam neraka Allah SWT.

Oleh kerana Allah SWT tetapkan hati orang beriman dengan kata-kata yang tegas di dalam dirinya dan mampu menjawab pertanyaan daripada malaikat, lalu diperlihatkan di sebelah kirinya syurga Allah SWT dan ditukarkan tempatnya untuk berada di dalam syurga.

Ada juga dalam kalangan manusia akan disoal: "Siapakah Tuhan kamu?" Apabila dijawab: "Allah Tuhanku." Keadaan kuburnya akan terus berubah. Malah ada diajukan soalan yang panjang, siapakah Tuhan kamu, siapa nabimu, apakah agamamu, di manakah kiblatmu dan soalan lain yang menyebabkan dia akhirnya gagal.

Didakwa di alam kubur

Rasulullah SAW berpesan, mereka yang banyak diajukan soalan oleh malaikat nanti, pasti dia akan diazab dan didakwa di dalam kubur sebelum diadili di Padang Mahsyar kelak.

Walaupun ketika hidup si mati adalah orang yang sentiasa mengerjakan amalan salih tetapi diajukan banyak soalan oleh malaikat Mungkar dan Nakir, kerana menurut Ibn Qayyum dalam kitabnya al-Ruh, ada perkara tertentu yang pernah dilakukan.

Perkara pertama ialah cuai terhadap solat, menangguhkan waktu untuk mendirikan solat atau tidak menjaga solat dengan sempurna. Kedua, golongan boleh membaca al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Ketiga, tidak memastikan diri suci daripada hadas kecil.

Golongan keempat ialah mereka yang sentiasa berbohong, kelima, tidak membayar zakat, seterusnya ialah golongan yang suka membazir, memakan riba, terbabit rasuah, memfitnah sesama Muslim dan tidak amanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.

Bayangkan jika kita kembali menghadap Allah SWT dalam keadaan sentiasa melakukan kemaksiatan, sudah tentunya pada malam pertama ketika berada di alam barzakh, kita sudah tiada kekuatan dan kelebihan, roh berada di awang-awangan sehinggalah selesai urusan soal jawab kubur.
Beruntunglah jika kita mampu menjawab dengan lancar segala soalan diajukan, pada ketika itulah kubur akan dilapangkan dan sebagaimana disebut oleh Rasulullah SAW, Allah SWT akan memperlihatkan kepada kita keadaan terbenamnya mentari pada hari itu dan kita terpaku melihat suasana ketika itu.

Penulis ialah Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm
Share:

Wednesday 14 October 2015

PAS payungi NGO lawan kerakusan Najib

KUALA LUMPUR: PAS selangkah ke hadapan memayungi pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menentang tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang semakin kuat menindas rakyat.
Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Khairuddin Aman Razali ketika mengulas sokongan yang semakin meningkat terhadap peranan PAS mengepalai gerakan rakyat menentang kebobrokan Umno.
Terkini dalam satu perkembangan yang mengejutkan apabila NGO yang dikenali pro Umno telah bertindak mengunjungi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
"Kunjungan hormat tersebut yang diadakan pada hari ini oleh NGO PERKASA menunjukkan PAS sudah mula menjadi payung kepada rakyat Malaysia untuk mengepalai gelombang rakyat walaupun sebelum ini dilihat berbeza aliran " ujar beliau lagi.
" Kunjungan hormat Perkasa ke pejabat agong PAS membuktikan PAS sentiasa terbuka dan sedia bantu-bantu dalam menangani sebarang bentuk kezaliman dan ketidaktelusan seperti SOSMA yang dikenakan kepada Dato' Seri Khairuddin, skandal 1MDB dan TPPA" tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus. HARAKAHDAILY 14/10/2015
Share:

Tuesday 13 October 2015

PAS terima kunjungan Perkasa, bukan kerjasama

13 Oktober 2015.



KUALA LUMPUR: Berita Harian, Malaysiakini dan Malaysianinsider menyatakan PAS dengan rasminya bekerjasama dengan Perkasa. Itu salah dan tidak betul sama sekali.



PAS hanya menerima kunjungan hormat dari Perkasa di Pejabat Agung PAS dan hasil pertemuan PAS dan Perkasa bersetuju mengenai 3 perkara berikut:

1) Isu 1MDB
2) Bantah SOSMA
3) Bantah TPPA

Tiada sebarang perbincangan mengenai kerjasama rasmi. Sekian terima kasih.

Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
Sumber - HARAKAHDAILY
Share:

Tuesday 2 June 2015

DAP gopoh, macam baru belajar politik


mustafa ali

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan pimpinan DAP sebagai gopoh apabila tidak henti-henti menyerang Pas.

Beliau berkata, keadaan itu dikeruhkan lagi dengan kenyataan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng yang tidak masuk akal.

DAP, katanya, cuba gambarkan  Malaysia perlu diselamatkan daripada pelaksanaan hukum hudud.
“Kenyataan Kit Siang dan Guan Eng gopoh, tak sabar. Saya hairan. Kenyataan Kit Siang itu benda yang saya tak terfikir.

“(Seperti) Dia (Kit Siang) boleh keluar kenyataan ‘selamatkan kerajaan Malaysia’. Nak selamatkan Malaysia daripada apa?

“Kemudian dia buat kenyataan sanggup kerjasama dengan (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr) Mahathir (Mohamad), sedangkan dia jarang-jarang sebut benda baik pasal Dr Mahathir. Dua-dua usul itu tak ada sambutan pun dari rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, semalam.

Beliau menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan veteran DAP itu seolah tidak menggambarkan sebagai ahli politik yang matang.

“Saya hormati Kit Siang sebagai veteran. Dia masuk Parlimen dahulu, senior daripada saya.
“Tetapi he acted like political novice ( bertindak seperti orang baharu dalam politik). Saya bukan nak perkecilkan beliau, tapi kenyataan dia dianggap pelik,” katanya.

Beliau turut mendakwa Guan Eng menyerang peribadi (Presiden Pas) Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menutup kelemahan DAP.

“Saya rasa beliau gelabah. Pandangan dia termasuk Kit Siang tak diterima rakyat. Dr Mahathir pun tak terima.
Kit Siang baru-baru ini berkata, beliau sedia kerjasama dengan  Dr Mahathir bagi selamatkan Malaysia, tetapi Dr Mahathir menolak pelawaan itu.

Susulan konflik itu, DAP seolah serba salah untuk menghadiri mesyuarat bersama PR. 

“Sekarang saya rasa dia serba salah, sebab yang mempengerusikan mesyuarat (PR), Kak Wan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata nak panggil mesyuarat. Kalau panggil mesyuarat kena panggil semua. Guan Eng nak jumpa macam mana? Dia dah tolak Tok Guru Haji Hadi.

“Haji Hadi tak ada masalah (untuk hadir). Waktu dia boleh hadir, dia hadir. Waktu dia tak boleh hadir, dia tak hadirlah. 

“Tapi sebab Guan Eng sudah potong diri (putuskan hubungan dengan Abdul Hadi). Sebab itu kita tak boleh kasar. Macam itu tak kenalah. Saya nasihatkan tak kenalah cakap kasar begitu, jangan gopoh, sabar sedikit. Apa-apa perbezaan pandangan, bincang. Hudud ni bukan benda baharu pun. Lama dah. Saya tak perlu ulanglah,” katanya.
Share:

Monday 1 June 2015

Umno perlu tegur pemimpin MCA ‘kurang ajar’

Utusan Malaysia hari ini menggesa Umno menegur kebiadapan seorang "pemimpin Cina MCA" yang mendakwa PAS bertindak seperti Taliban apabila mengenakan syarat wartawan wanita bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata, mempersoalkan cara berpakaian bagi wanita pada acara orang Islam adalah sikap yang agak kurang ajar.
“Saya menunggu pemimpin-pemimpin Umno menegur rakan sejawat mereka dalam MCA. Ini bukan bab politik tetapi menyentuh salah satu slogan yang selalu dilaungkan oleh Umno iaitu perjuangan untuk ‘agama, bangsa dan tanah air’.
Akhbar The Star pada Khamis menyiarkan respons MCA terhadap peraturan pakaian yang dikenakan PAS bagi petugas media muktamar minggu depan, yang menyamakannya dengan Taliban.
Ku Seman berkata kenyataan Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen (gambar, kiri) itu menyinggung perasaan umat Islam kerana peraturan pakaian tidak menjolok mata bukanlah kod etika Taliban, tetapi suatu etika pakaian sopan dan bermaruah Islam.
Katanya, perkara berkenaan bukanlah sesuatu yang luar biasa atau baharu kerana pihak pengurusan Masjid Negara dan beberapa masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya juga mengenakan peraturan serupa kepada pelawat wanita tidak kira Islam atau bukan Islam.
“Mempersoalkan cara berpakaian bagi wanita pada acara orang Islam adalah sikap yang agak kurang ajar. Yang dipertikaikan itu bukan kod etika berpakaian PAS kerana parti itu hanya memastikan etika Islam itu dipatuhi semasa hadir ke acara mereka, yakni acara orang Islam.
“Untuk pengetahuan Cina MCA, orang Islam ada adab susila yang tinggi dan salah satunya ialah mempunyai etika berpakaian yang menghindarkan wanita menjadi sasaran penghinaan.
“Sekiranya MCA menganggap kod etika PAS itu serupa Taliban, maknanya semua pihak pengurusan masjid juga tergolong dalam kalangan Taliban,” katanya.
Beliau berkata, tidak mengapa jika MCA menyerang PAS atas isu politik tetapi bukan dalam isu yang mengaitkan sesuatu yang dituntut oleh syariat Islam.
Katanya, perkara seperti ini tidak sepatutnya diperalatkan MCA kerana peraturan berkenaan bukanlah strategi menarik mereka menganut Islam.
“Ini adalah mempersoalkan agama dan anutan sesuatu masyarakat, sekali gus menyentuh semua orang Islam.
“Kenyataan MCA ini seolah-olah mengajar orang bersikap kurang cerdik dan angkuh.
“Sudahlah hendak ke majlis orang, mahu pula memaksa tuan rumah mengikut cara tetamu yang selalunya berpakaian sesuka hati dan dan tidak beretika,” katanya. – 31 Mei, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/utusan-mahu-umno-tegur-pemimpin-cina-mca-kurang-ajar#sthash.mwvVsjt7.dpuf
Share:

Sunday 31 May 2015

DAP bekerja untuk Umno?

SUBKY LATIF | .

MUAFAKAT antara PAS dan DAP dalam politik Pakatan Rakyat sudah sukar dibendung sekalipun kedua-duanya tahu bahawa persefahaman keduanya dapat membuka peluang bagi mengakhiri monopoli kuasa Barisan Nasional.

Semua mengakui termasuk Dr. Mahathir sendiri tentang adanya peluang menggantikan BN, Cuma dalam PRU lalu, nasib saja tidak memihak kepadanya.

Akan tetapi kelemahan semua kerabat PR mengendali muafakat selepas PRU13, tempoh bulan madunya seolah-olah berakhir. Selepas tempoh masam muka antara PAS dan PKR atas isu Menteri Besar Selangor, timbul satu demi satu perselisihan antara PAS dan DAP hingga sekarang ia amat sukar dibendung.

Kejujuran PAS terhadap PR dipersoal berpunca daripada ketegasannya meneruskan usaha melaksana hudud di Kelantan dan DAP mengira PAS cenderung untuk bersama Umno atas isu apa yang dikatakan UG – unity government – dan kesediaan Umno menyokong usul PAS mengenai hudud di Parlimen.

Sejak masa mukanya dengan PKR, PAS tidak berganjak pendiriannya untuk terus bersama PR dan selama ada masalah dengan DAP pun PAS tidak berhajat untuk keluar PR kecuali ia dikeluarkan. Ia tidak diyakini oleh DAP.

Sikap PAS terhadap Wan Azizah Ismail sebagai calon MB Selangor dijadikan dalih, tetapi tidak pula dikira sokongan PAS termasuk TG Haji Hadi terhadap pencalonan seorang gadis Islam, Sofia sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan.

Yang banyak diserang menjelang muktamar PAS ialah pimpinan TG Haji Hadi. Seolah-olah DAP mahu sangat PAS keluar daripada PR sedang PAS pula sedingin manapun hubungan antara keduanya, ia belum bercadang keluar PR, kerana ada gunanya muafakat itu dari semasa ke semasa.

Ia amat payah diredakan, apa lagi tiada orang tengah yang dapat membawa kedua pihak bertenang. Muafakat itu diakui adalah atas dorongan keras DS Anwar Ibrahim. Sekarang beliau tidak ada di luar. Tetapi kiranya dia berada di luar pun belum tentu keduanya boleh dibendung dalam masa yang singkat.

Orang lain tidak cukup seri untuk menenangkannya, tetapi jika beliau ada, sekali pun tiada jaminan, harapan tentu ada bagi mengurangkan ketegangan. Peranan orang tengah adalah baiknya dari tiada orang tengah langsung.

Pergolakan antara keduanya berlaku dalam keadaan PAS sendiri ada pergolakan dalaman.

Sekalipun ia bermasalah tetapi ia adalah sebuah parti yang bermaruah, dan perbezaan dalaman itu tidak wajar mengurangkan maruahnya. Ahli-ahlinya yang bermaruah tentu tidak meruncingkan masalah dalamannya apabila ia dicabar kanan dan kiri.

Orang tinggi maruahnya tidak gembira partinya diserang, dan tidak sedia mengambil serangan luar itu bagi meruncingkan lagi masalah dalamannya.

Apa pun sebagai parti yang ada maruah, tidaklah mudah segala cabaran yang dihadapi itu mempengaruhinya untuk menyahut godaan meninggalkan PR yang adalah lebih baik daripada tidak ada.

Bertahan dengan segara cabaran, tidak bererti ia tidak bermaruah, menderita saja dengan apa orang kata. Dengan maruah itu ia kekal dan bangkit mempertahankan muafakat dalam masa senang dan dalam masa susah. Keluar daripada PR atau dikeluarkan daripada PR, itulah yang dikehendaki sangat oleh Umno dan Najib yang kedudukan kini seperti telur di hujung tanduk

Kiamat dunia kira TG Haji Hadi bersekongkol dengan Umno tetapi mengata PAS suka Umno adalah yang paling disuka oleh Umno. Yang memaksa PAS keluar dari PR itulah yang bekerja untuk Umno. – HARAKAHDAILY 31/5/2015




Order : 0139299944


Share:

Saturday 30 May 2015

Terpulang kepada ahli hendak pilih pemimpin PAS



MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memilih pemimpin parti pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 di Kuala Selangor nanti.
Beliau berkata terpulang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak memilih pemimpin sendiri atau mengikut telunjuk DAP.

Kata beliau, jika ada mana-mana parti lain yang ada pandangan tentang PAS termasuk DAP serta mahu mengikut kehendaknya, itu terpulang kepada ahli-ahli PAS sendiri.
“Jika ada parti lain macam DAP, yang ada pandangan tentang PAS, pandangan dia (DAP) tentang PAS, parti lain termasuk DAP hendak suruh begini, hendak suruh begini. Jadi terpulang kepada ahli-ahli PASlah hendak bebas (pilih) diri dia sendiri, hendak ikut dasar dia atau hendak ikut DAP,” tegasnya kepada media, semalam.

Ketika ditanya dua kumpulan ulama dan profesional pada pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ini, beliau menjelaskan kedua-dua pihak mempunyai calon tetapi salah satunya menjadi pilihan DAP.
“Tak timbul lagi ulama sebab dua-dua ada ulama. Belah ini ada ulama, belah itu ada ulama. Dua-dua ada ulama. Cuma satunya hak DAP hendak, satunya DAP tak nak…pilihlah.

“Saya hendak beri peluang kepada ahli-ahli PAS sama ada hendak pilih hak kita sendiri atau hak yang DAP hendak. Mungkin ada pemimpin yang dipersetujui DAP dan sependapat dengan DAP,” jelasnya. - Buletin-Marangkini 30/5/2015
Share:

Monday 2 March 2015

Orang kata saya kurang 'pukul' Umno

Nik Abduh Nik Abdul Aziz 

ADA yang menghujah saya, Nik Abduh ni kurang memukul Umno dan BN. Asyik pula menyinggung kemelut parti sendiri. Kuliahnya pun berlapik-lapik, tak luka pun Umno dan BN. Nampak sangat Nik Abduh ni UG. Tidak seperti ayahandanya tok guru, Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Saya jawab (ni pun berlapik-lapik juga ni), saya mengenal ayahanda saya mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN. Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu.

Bahkan semasa saya balik belajar luar negeri dulu, saya menerima pesanan khas dan acap daripada ayahanda,

"Berkuliah tu, jangan asyik dok pukul umno, dok cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik pun (apatah dalam kuliah agama). Jangan dok ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita bagi ilmu. Orang tak ada ilmu, dia tak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri."

Beliau menambah, "Bila masyarakat berilmu, senanglah mereka faham mengapa kita lawan Umno. Sekali cakap pun orang faham selalu. Lawan Umno ni, bubuh ilmu banyak-banyak, lama-lama lenyaplah Umno."

Begitu lebih kurang himpunan cakap ajuk daripada ayahanda saya. Pesanan yang saya pegang sungguh-sungguh.

Kepada yang merasakan ayahanda tidak begitu, bahkan ayahandalah 'kepala halian' pukul Umno BN habis-habisan, saya fikir dan berkata (ni pun berlapik-lapik juga),

"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda kenal ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya. Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya."

Tulisan-tulisan saya di alam maya ini adalah usaha saya menepati nasihat ayahanda. Tak perlulah saya berlapik untuk memohon maaf kepada orang-orang Umno jika tulisan-tulisan saya sebelum ini telah semakin menjauhkan mereka daripada Pas yang saya cintai sebagaimana ayahanda mencintainya. Saya tiada berhasrat demikian selain islah dan pembaikan sedaya upaya saya.

Jadi, mari berilmu dengan banyak membaca, banyak mendengar kuliah dan menghormati para ulama yang menyampaikan ilmu dan ugama. Tiada selain keuntungan.

Artikel ini dipetik daripada Facebook Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Share:

Friday 27 February 2015

LAMEGA 15 ; Peserta Diseru Dalami Pelbagai Ilmu

SETIU – Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu sekali lagi berjaya menganjurkn program tahunan mereka Lambaian Menara Gading (LAMEGA 15) yang akan berakhir pada Sabtu ini.
Program yang mensasarkan remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berumur 18 hingga 20 tahun ini telah di sertai seramai 315 orang yang melibatkan semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).
IMG-20150227-WA0010Ia adalah bertujuan sebagai persediaan awal bagi mereka yang akan menduduki alam kampus di samping memberi kesedaran kepada mereka, yang merupakan aset dan penentu utama masa depan.
Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu Ustaz Nik Zawawi Salleh menyeru para emaja menggunakan usia muda bagi ‘menggali’ ilmu pengetahuan.
“Umur sebagaimana adik-adik ini adalah masa emas. Gunakanlah untuk mencari ilmu,”ujarnya ketika merasmikan LAMEGA 15 di Merang dekat sini pada Khamis 26 Februari.
“Jangan kita leka dengan twitter, whatsapp yang boleh menghanyutkan ke lembah kelekaan, gunakanlah kemudahan IT untuk memantapkan ilmu,” ujarnya lagi.
Di samping itu juga beliau mengharapkan agar peserta yang akan ke melangkah ke universiti perlu menanam minat membaca, dan menyertai pergerakan mahasiswa,
Katanya, aktiviti usrah dan tamrin adalah wajib di ikuti bersama jamaah untuk menjadi pemimpin penerus perjuangan Islam.
Beliau juga menyeru para peserta memahami pelbagai ilmu pentadbiran, politik, perjuangan Islam yang memberi kemampuan serta keyakinan ketika berhadapan dengan masyarakat bila tiba masanya nanti.
Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Pengarah LAMEGA 15, Ustaz Wan Mizan Wan Abd Latif dan Yang DiPertua PAS Kawasan Setiu, Ustaz Shaharizulkinain Abd Kadir.
IMG-20150227-WA0037Menurut Ustaz wan Mizan, LAMEGA adalah program lebih kepada mentarbiyah para pelajar yang akan melangkah ke alam yang lebih luas, lebih terbuka dalam semua aspek supaya peserta ini tidak terlepas pandang dalam memainkan peranan meneruskan perjuangan dan halatuju Islam.
Peserta yang mewakili 32 DUN, merangkumi lapan kawasan Parlimen dalam negeri Terengganu ini akan di dedahkan dengan beberapa taklimat kursus dari sayap dan agensi PAS seperti DACS, AMEERAH dan Unit Amal.
LAMEGA 15 diharap dapat membuka peluang kepada peserta untuk turut sama terlibat dalam setiap aktiviti mengikut kehendak dan minat masing masing.
Program 3 hari 2 malam ini juga di harap dapat menyuntik roh para pencinta Islam kepada para peserta dan lebih memantapkan lagi asas agama kepada mereka dalam menghadapi alam ‘Menara Gading’.
Share:

Yaman Tanpa Kerajaan

Oleh : Solahuddin Al-Idrus, Sana’a, Yaman
Sejurus memasuki perkarangan lapangan terbang Sana’a,aku disambut dengan teman-teman Al-Qasam. Al-Qasam iaitu nama rumah yang aku tumpang berteduh kasih.Sekilas terimbas kenangan-kenangan di kotak memori. Teman-teman sejalanan di rumah ini yang kini masing-masing telah pulang akibat perang saudara baru-baru ni.
Mereka pulang berjuang di medan sendiri. Sekarang, generasi baru yang menghuninya. Generasi yang mungkin mampu mengharungi sebuah pengembaraan ilmi.Doakan agar aku dan mereka dapat  menempa kenajahan hakiki.
Yaman kini dikatakan terus bergolak dengan silih berganti penukaran presidenya mencipta konflik yang berterusan sehingga bertukar Ibu Negara. Sangat rencam isu ini menyebabkan Seluruh mata bertumpukan di Yaman.
Sebahagian dari agenda barat untuk memecah belahkan umat Islam juga untuk menyekat Parti Islah dibawah Dr Abdul Majid Zindani dan mengekang kebangkitan Islam.Inilah realiti yang sedang berlaku di Yaman,bahkan diseluruh tempat.
IMG-20150226-WA0098Ya! Aktiviti hidup berlangsung seperti biasa walau hampir satu bulan tiada kerajaan. Setiap pagi anak-anak kecil melangkah kaki ke sekolah begitu jugak dengan anak-anak muda..Berpagian ke tempat kerja masing-masing baik di sektor kerajaan mahupun swasta. Kapal terbang, terbang seperti biasa mengikut aliran keluar masuk begitu juga perbankan. Duit sentiasa keluar masuk dengan perniagaan berjalan bahkan lebih rancak tidak seperti sediakala.
Bayangan yang mengatakan apabila tiada kerajaan maka berlaku huru hara dan tidak boleh hidup tanpa kerajaan itu mendangkal segalanya. Ramai dikalangan kita di Malaysia yang bertuhankan kerajaan. Kerajaan lah yang selama ini bagi makan dan minum…Segalanya dihadiahkan dari kerajaan sehingga buta dari melihat Tuhan..
Bak kata rakyatnya, kami semua adalah ketua. Kami semua adalah presiden Yaman. Dari pembawa teksi sehingga la pensyarah, mereka mengisytiharkan diri mereka lah presiden dan tidak perlukan lagi sebuah kerajaan kerana mereka aman tanpa pemerintah yakni kerajaan. Mungkin tiada lagi negara seperti Yaman dimana walaupun tanpa kerajaan berminggu-minggu tetapi rakyatnya hidup aman damai.
Itulah hikmah Bumi Yaman! Hikmah yang tiada pada negara lain..Seperti mana yang Nabi pernah Sabda,
“Datang pada kamu orang yaman,Mereka mempunyai hati yang sangat lembut,Iman itu ada diYaman dan Hikmah itu ada pada Yaman..”
Share:

Kenyataan Ishak Surin Bukan Pendirian PAS Batu, Bersifat Peribadi Dan Celaru

Kami menegaskan bahawa saranan supaya Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mengosongkan kerusi Presiden dan mengetuai Majlis Syura Ulama (MSU) sebagai Mursyidul Am seperti yang dinyatakan oleh Cikgu Ishak Surin semalam adalah bukan pendirian PAS Kawasan Batu dan ia tidak pun mewakili aspirasi seluruh ahli PAS Kawasan Batu. Saranan itu tidak pernah pun dibincangkan atau diputuskan oleh Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Batu. Ia hanya sekadar pandangan peribadi beliau.
2. Dengan keupayaan Tuan Guru Presiden ‘menangani pelbagai isu dalaman, tempatan dan antarabangsa’, kami menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang untuk terus memimpin PAS sebagai Presiden.
3. Pemilihan sebagai Presiden PAS bukanlah soal ‘tokoh baharu’. Tetapi ia adalah soal menepati kriteria dan syarat yang ditentukan oleh syarak; memiliki karater al-Qawiyy dan mempunyai sifat al-Amin; mujtahid dan mujahid.
4. Tidak timbul juga soal menggantikan Mursyidul Am PAS kerana kita serahkan sepenuhnya untuk MSU untuk memutuskan pengganti Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
5. Kami juga ingin membuat sedikit pembetulan fakta yang ditulis oleh Cikgu Ishak Surin. Almarhum Tuan Haji Yusof Rawa bukanlah meletakkan jawatan Presiden kerana menjadi Mursyidul AM tetapi beliau menjadi Presiden dan Mursyidul Am serentak. Hanya pada hujung tahun 1988, beliau jatuh sakit dan melepaskan jawatan Presiden kepada Almarhum Ustaz Fadzil Noor, namun beliau kekal sebagai Mursyidul AM.
6. Apa yang lebih munasabah ialah kami menyarankan agar Yang Berbahagia Cikgu Ishak Surin mengosongkan kerusi YDP PAS Kawasan Batu pada pemilihan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Batu pada April ini bagi memberi laluan kepada tokoh yang lebih berwibawa dan berkredibiliti untuk mengepalai PAS Kawasan Batu.
7. Saranan ini juga dibuat berikutan masalah kesihatan yang dihadapi oleh Cikgu Ishak Surin, komitmen terhadap PAS Kawasan Batu semakin menurun, gagal mengadakan mesyuarat secara berkala dan konsisten, serta kehadiran ke mesyuarat Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan yang sangat lemah.
8. Sebagai orang lama yang berpengalaman, saranan ini tidak bermaksud kami mahu mengetepikan Cikgu Ishak Surin dalam PAS Kawasan Batu, sebaliknya mencadangkan tokoh Karismatik PAS Kawasan Batu ini diangkat lebih tinggi sebagai ‘penasihat’ kepada kami semua.
Sekian.
1. USTAZ AZHAR YAHYA
Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Batu
2. NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu
3. HAJAH SALBIAH ABD WAHAB
Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu
Tarikh : 27 Februari 2015 / 8 Jamadilawal 1436H
Share:

Thursday 26 February 2015

PAS GABUNG Umno IDEA KARUT


1. Perdamaian Hudaibiyah antara Nabi s.a.w. dan musuh iaitu Quraisy pada tahun ke-6 Hijrah berlaku di saat Islam berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah. Kesannya, selama tempoh perdamaian itu, umat Islam daripada Madinah berjaya meresap masuk ke kota Mekah dan menyebarkan Islam kepada kaum keluarga mereka di Mekah. Selepas 2 tahun, apabila Quraisy melanggar perjanjian damai Hudaibiyah, kota Mekah diserang oleh Nabi s.a.w. tetapi baginda berjaya membuka kota Mekah secara damai tanpa penentangan dan pertumpahan darah kerana orang Mekah bersedia menerima Islam.
2. Merujuk kepada sirah nabawiyyah tersebut, cadangan supaya PAS bergabung dengan Umno adalah idea karut dalam keadaan Umno kuat menguasai kerusi-kerusi Melayu di Parlimen berbanding PAS yang semakin menyusut. Adatnya, kumpulan yang kuat akan menindas kumpulan yang lemah cengkamannya.
3. Pasca PRU ke-13, Umno memenangi 83 kerusi majoriti Melayu daripada 119 kerusi Melayu; 50 kerusi dimenangi dengan majoriti besar dan hanya 33 kerusi dimenangi secara majoriti kecil. Manakala PAS pula hanya mendapat 21 kerusi Parlimen itupun termasuk kerusi parlimen di kawasan campuran. Idea karut gabungan PAS dan Umno hanya akan meletakkan PAS bagaikan melukut di tepi gantang.
4. Dalam PRU 1999, PAS mendapat 28 kerusi Parlimen ketika rata-rata Melayu melakukan undi protes terhadap Umno pasca reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika itu, DAP hanya mendapat 10 kerusi Parlimen dan PKR mendapat 5 kerusi kerana undi Cina dan India masih bersama Barisan Nasional. Kerana itu DAP sanggup keluar dari Barisan Alternatif pada 2002. Undi Melayu pula kembali kepada Umno pada PRU 2004 menjadikan BN semakin kuat.
5. Berbeza dengan PRU 2013, orang Cina memberikan undi hampir maksima kepada PR sehingga PR menyapu bersih 29 kerusi majoriti Cina dan 23 kerusi campuran. Hanya yang tinggal 13 lagi kerusi Parlimen campuran untuk diperjuangkan oleh PR.
6. Disebabkan sokongan pengundi Cina, DAP menambah 10 kerusi Parlimen dari 28 pada PRU 2008 kepada 38 pada PRU 2013. PKR pula menyusut dari 31 kepada 30 kerusi Parlimen.
7. Manakala orang Melayu pula selepas memberikan sokongan kepada PAS pasca PRU 2008, pada PRU 2013 mereka kembali menyokong Umno sehingga membolehkan Umno mendapat 83 kerusi Parlimen Melayu. Umno mendapat peningkatan kerusi daripada 79 kerusi pada tahun 2008 kepada 88 kerusi Parlimen termasuk kerusi campuran.
8. Kerusi Parlimen PAS menyusut kepada 21. PAS dirampas kerusinya oleh Umno di 5 kerusi Melayu di Kedah iaitu Pendang, Padang Terap, Jerai, Sik, Baling dan kerusi Melayu PKR dirampas oleh Umno di Kelantan iaitu Machang, Ketereh, Tanah Merah dan Merbok di Kedah. Kerusi PAS juga dirampas di kerusi campuran Titiwangsa dan Kuala Selangor.
9. Namun, sokongan Melayu kepada PAS meningkat di Terengganu sehingga mendapat 14 kerusi DUN manakala Umno hanya menang tipis di peringkat negeri dengan 17 kerusi. Manakala di kerusi Parlimen, PAS merampas Kuala Nerus dan Dungun dari Umno dan mengekalkan Kuala Terengganu dan Marang di tangan PAS.
10. Merujuk kepada senario pasca PRU ke-13 yang menyaksikan penyusutan undi Melayu terhadap PR khususnya PAS kecuali di Terengganu, maka solusinya ialah PAS perlu bekerja keras memenangi pengundi Melayu untuk memenangi PRU ke-14. Isu-isu mendasar melibatkan Islam mesti terus dijuarai oleh PAS. Isu Hudud adalah tuntutan agama yang sangat penting untuk diperjuangkan oleh kerajaan Kelantan dalam ruang lingkup kuasa demokrasi yang ada.
11. Lontaran idea penyatuan oleh PAS dan Umno oleh pimpinan Umno bukan bertujuan untuk memulihkan sokongan Melayu terhadap Umno kerana sememangnya sokongan Melayu telah meningkat kepada Umno. Apa yang ada pada PAS? Sekadar 21 kerusi Parlimen dengan sebahagiannya adalah kerusi campuran iaitu Parit Buntar, Bukit Gantang, Kota Raja, Sepang dan Temerloh. Sebenarnya Umno tidak memerlukan PAS langsung. Malah Umno tidak teringinkan pun gabungan Umno dan PAS.
12. Kalau begitu apa tujuan Umno? Jawapannya ialah Umno hanya berhasrat memecahkan dominasi menerusi Pakatan Rakyat. Keperluan Umno sebenarnya ialah undi-undi Cina untuk kembali bersama BN. Maka, idea dan solusi terbaiknya ialah Umno memujuk PKR atau DAP yang mempunyai undi Cina bersama BN.
13. Kerana itulah idea gabungan PAS Umno awal-awal lagi ditolak mentah-mentah oleh Tuan Guru Presiden PAS pasca PRU ke-13 meskipun Umno berkali-kali melontarnya di media.
14. Apa yang perlu dilakukan oleh PAS sekarang ialah menuntut hak demokrasi yang sepatutnya dimiliki oleh PAS. Hak kerajaan Kelantan untuk mendapat pelbagai nikmat pembangunan sebagai salah sebuah negeri dalam Persekutuan. Itulah kebijaksanaan yang mesti digarap oleh PAS dengan memanfaatkan sebarang bentuk kerjasama "goverment to goverment" antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan PAS Kelantan untuk mengukuhkan lagi kekuatan PAS di Kelantan.
15. Kelantan sebagai sebuah negeri Melayu yang masih gagah dikuasai oleh PAS mesti dipertahankan. Begitu juga Terengganu sebagai sebuah negeri majoriti Melayu perlu diperkasakan untuk dimenangi pada PRU ke 14 nanti. Idea gabungan Umno dan PAS tidak menguntungkan PAS di Kelantan dan Terengganu.
16. Kerana itu saya katakan idea gabungan PAS Umno adalah idea karut dan merapu. Ia adalah lontaran Umno untuk menghalang PAS ke depan menguasai kembali undi pengundi Melayu.
Ditulis oleh; 
DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Tarikh : 25 Februari 2015 / 6 Jamadilawal 1436H
Share:

Wednesday 25 February 2015

PAS Jawab Ahli Parlimen Puchong

Saya merujuk kepada kenyataan terkini yang dibuat oleh Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo yang juga merupakan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP yang telah dilaporkan secara meluas di dalam media massa.
Beliau dilaporkan sebagai berkata bahawa PAS tidak lagi dilihat sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan di bawah PAS meneruskan hasrat untuk membentangkan pindaan ke atas Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan 1993 (lebih dikenali sebagai ‘Enakmen Hudud’) di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan yang dijadualkan pada 18 Mac 2015.
Dalam hal ini, saya ingin memperingatkan YB Gobind bahawa Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan yang ingin dipinda ini adalah sebuah undang-undang yang telah wujud lebih 20 tahun yang lalu, lama sebelum kewujudan Pakatan Rakyat itu sendiri. Manakala pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen.
Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi. Adapun PAS menggunakan jalan demokrasi dalam proses melaksanakan perkara ini yang mana ia memberikan pilihan kepada ahli parlimen untuk membentangkan.membahas,menyokong atau ,menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu.
Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo bolehlah menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP yang lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan parti lain di dalam Pakatan Rakyat. PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak samada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut.
PAS juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu. Oleh itu, PAS mendesak agar Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat dapat diadakan segera agar pihak PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan dapat memberikan penjelasan butiran pindaan Enakmen Kanun Jenayah Shariah II Kelantan.
Yang benar,
YB DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS/
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS
Share:

Tuesday 24 February 2015

Satu Kata Untuk DAP



1. Jika DAP tidak boleh menerima hasrat PAS khasnya Kerajaan Negeri Kelantan membawa pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 2 ke sidang DUN Kelantan pada 18 Mac kelak, maka itu hak DAP. Apa lagi yang boleh kita buat ? Penerangan telah diberi, perbincangan telah dilakukan mengenai Kanun Jenayah Syariah ini bersama DAP. Keputusan agree to disagree telah diambil. Maka DAP tidak boleh mengherdik dan mengertak PAS dengan memberi kata dua kepada PAS.

2. Isu perlaksanaan Kanun Jenayah Syariah ini sebenarnya telah jauh mendahului pembentukan Pakatan Rakyat. Kenapa DAP harus gelisah dan panasaran dengan langkah yang diambil oleh kerajaan Negeri Kelantan sedang langkah itu adalah demokratik pula legal dalam mematuhi lunas undang - undang dan perlembagaan negara. Sementelah ia adalah kewajipan agama yang mesti dilaksana oleh hamba Allah yang soleh. Firman Allah swt :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.

Surah Al Maaidah : 49

3. Seorang muslim tiada helah untuk tidak mematuhi perintah Allah swt. Justeru itu, hanya satu kata buat DAP, bahawa DAP tidak boleh mematikan perjuangan Islam yang didokong oleh PAS sejak sekian lama. Siapa pun tokoh dan figure yang digunakan oleh DAP untuk mengherdik dan mengugut PAS, PAS tidak akan berganjak terhadap dasar dan prinsip perjuangannya. DAP pernah meninggalkan PAS semasa era Barisan Alternatif kerana tidak bersetuju dengan Kanun Jenayah Syariah yang diperjuangkan oleh PAS. Kenapa hari ini DAP perlu mengugut PAS sedang bila - bila masa DAP boleh berangkat pergi, namun mengharap PAS berhenti berjuang ke arah melaksanakan syariat Allah swt, maka ia bagai menanti sang keli tumbuh sisik .

Nasrudin bin Hassan

Pengarah Jabatan Pilihanraya

Dewan Ulamak PAS Pusat
Share:

PAS tidak akan bersama Umno, Inilah Pendirian Kami

Saya ingin tegaskan bahawa PAS tidak akan sesekali bergabung dengan Umno sebagaimana yang diviralkan dalam media sosial sekarang. Perkara penggabungan PAS-Umno ini tidak pernah dibincang dalam mana-mana mesyuarat parti.

Sudah tidak terbilang kalinya ditegaskan bahawa tidak timbul soal penyatuan kedua-dua parti ini. PAS ada 21 kerusi parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi parlimen. Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Daripada sudut ini sahaja, tuduhan bahawa PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal.

Bahkan, Presiden PAS telah menegaskan di dalam Muktamar lalu dan sebelumnya bahawa PAS tidak akan bergabung Umno. Perkara dasar begini mesti melalui keputusan Muktamar bukan hanya pandangan peribadi ahli parti.

Jikalau atas alasan untuk melaksanakan sistem perundangan Islam, Umno sudahpun boleh melaksanakannya seandainya betul ingin melaksanakannya di semua negeri yang diperintahnya.

Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?

Dalam saat Umno sedang kelemasan, tentulah ia akan sanggup melakukan apa sahaja, namun pengalaman lampau membuktikan bilamana mereka kuat, mereka akan tendang PAS keluar dari muafakat yang ada.

Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembanguanan, lebuhraya, lapang terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisma. Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?

Kalau hujahnya adalah untuk perpaduan Melayu, biarlah orang Melayu bersama dengan PAS bagi membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam, dan tidak lagi dilihat sebagai komuniti yang boleh menerima rasuah, salahguna kuasa sebagai sesuatu yang patut di bawah kerajaan Umno.

Amalan rasuah, salahguna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.

Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden PAS

24 Februari 2015
Share:

fb admin

STEVIA PREMIUM 5 DALAM 1

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pemanis Semulajadi Pengganti Gula
SIAPA YANG PERLUKAN STEVIA ?
Bayi seawal usia 6 bulan
Orang yang sihat
Remaja
Kanak-kanak
Ibu Bapa yang sudah berusia
Orang yang menghidap sakit kronik
Orang yang sedang menurunkan berat badan
Orang yang ingin kulit cantik
Orang yang takut Penyakit Bahaya

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pages

onlineshop

0139299944

RM140.00 TERMASUK KOS POS


Pakej Dealer



Theme Support

1 Botol x 15ml - RM50.00

3 Botol x 15ml - RM140.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00
Anda Dapat:
RM15.00 simpan utk UMRAH
RM25.00 dibayar Cash