Tuesday 27 January 2015

Bawa pilihanraya kerajaan tempatan ke parlimen

Pada 14 Ogos 2014, permohonan kerajaan Pulau Pinang untuk diadakan pilihanraya kerajaan tempatan telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

Seperti Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, kelulusan usul di dalam dewan negeri sahaja untuk pilihanraya kerajaan tempatan sahja tidak cukup, kerana ada perkara yang terhalang di peringkat Perlembagaan Persekutuan.

Jika DAP yakin bahawa pilihanraya kerajaan tempatan merupakan usaha menyuburkan sistem demokrasi, maka usahalah membentang ini ke Parlimen, mungkin secara private bill, kerana ini juga adalah sebahagian dari amalan demokrasi.

PAS sedia berhadapan dengan risiko ditolak dan ditentang oleh rakan Pakatan Rakyat jika kerajaan Kelantan mengemukakan private bill untuk Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan. PAS menerima hakikat bahawa DAP akan menentangnya.

Sebagaimana PAS, DAP juga harus bersedia menghadapi kemungkinan cadangan pilihanraya kerajaan tempatan ditolak di peringkat parlimen. Tapi, membawa perkara ini ke parlimen adalah lebih baik bagi DAP kerana kebarangkalian akan ada ahli parlimen PAS yang akan menyokong pilihanraya kerajaan tempatan adalah lebih tinggi daripada kebarangkalian adanya ahli parlimen DAP yang akan menyokong hudud.

Hudud dan pilihanraya kerajaan tempatan bukanlah dasar yang dipersetujui bersama. Kedua-duanya tiada konsensus untuk dilaksanakan dan ini diakui DAP dan PAS. Ini satu persamaan antara PAS dan DAP.

DAP telah bertindak menggunakan cara mahkamah untuk mendapat kelulusan bagi melaksanakan pilihan kerajaan tempatan. Meskipun ia tidak berjaya, tapi ia jelas menunjukkan konsensus PR tidak diperlukan untuk DAP meneruskan janji manifestonya untuk Pulau Pinang.

Apakah hanya PAS di Kelantan yang perlu didesak untuk mematuhi konsep konsensus PR, manakala komponen parti lain tidak memerlukannya, untuk mengotakan janji pilihanrayanya untuk melaksanakan hudud di Kelantan?

Akhirnya, membawa pilihanraya tempatan ke parlimen ini adalah jauh lebih baik dari bertengkar di media, dan mencemuh mereka yang melahirkan kebimbangan terhadap kesan negatif pilihanraya kerajaan tempatan.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
27 Januari 2015
Share:

0 comments:

Post a Comment

fb admin

STEVIA PREMIUM 5 DALAM 1

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pemanis Semulajadi Pengganti Gula
SIAPA YANG PERLUKAN STEVIA ?
Bayi seawal usia 6 bulan
Orang yang sihat
Remaja
Kanak-kanak
Ibu Bapa yang sudah berusia
Orang yang menghidap sakit kronik
Orang yang sedang menurunkan berat badan
Orang yang ingin kulit cantik
Orang yang takut Penyakit Bahaya

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pages

onlineshop

0139299944

RM140.00 TERMASUK KOS POS


Pakej Dealer



Theme Support

1 Botol x 15ml - RM50.00

3 Botol x 15ml - RM140.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00
Anda Dapat:
RM15.00 simpan utk UMRAH
RM25.00 dibayar Cash