Saturday 31 January 2015

Pas tak bimbang jika keluar pakatan

KUALA TERENGGANU 30 Jan. – Pas tidak bimbang sekiranya kemelut dengan DAP berakhir dengan perpecahan dalam pakatan pembangkang kerana parti itu mampu berge­rak bersendirian bagi meneruskan perjuangan hakikinya menegakkan syariat Islam.
Mohd Khairuddin Aman Razali

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, Pas tidak menghadapi masalah jika tidak lagi diperlukan dalam pakatan pembangkang memandangkan parti itu telah wujud sekian lama dan pernah memenangi pilihan raya umum tanpa bantuan mana-mana parti.

Beliau menjelaskan, apa yang penting Pas sentiasa berpegang pada prinsip perjuangan berdasarkan akidah dan kemenangan yang pernah diraih adalah dengan keizinan Allah.
Advertisement

“Pas tak ada masalah kalau pakatan terungkai kerana Pas adalah parti lama dan pernah menang sendiri dan juga pernah menang bersama. Kalau hari ini sudah tak boleh bersama DAP, kita sendiri atau mungkin dengan orang lain pula.

“Akan datang sekiranya terungkai pakatan pembangkang, kita tak bimbang kerana perjuangan Pas berasaskan akidah. Kita yakin menang apabila Allah beri kemenangan kepada kita.
Advertisement

“Apabila Allah nak beri menang, Allah buka hati manusia. Tak kira siapa mereka. Allah boleh buka hati orang Cina untuk sokong Pas walaupun tak masuk DAP. Itu hak Allah dan itu akidah kita. Sebab itu kita tak bimbang sesama makhluk sebab kita buat kerja kerana Allah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Majlis Syura Ulama Pas berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah duha bersempena program Harap 3.1 Himpunan Harapan Semua selama tiga hari bermula semalam di Kampung Telaga Daing di sini hari ini.

Mohd. Khairuddin diminta me­ngulas mengenai kemelut yang semakin meruncing antara Pas dengan DAP termasuk percanggahan dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan terbaharu mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) yang diperjuangkan DAP.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat seterusnya berkata, Pas tidak pernah tunduk kepada DAP dalam usaha parti itu untuk terus menegakkan syiar Islam di negara ini terutama hukum hudud di Kelantan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga menolak dakwaan kononnya Pas seolah-olah mengikut telunjuk DAP sejak kedua-dua parti itu bergabung dalam pakatan pembangkang yang turut di­sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Pertama sekali tentang prinsip, apabila berlaku sesuatu isu dan dimainkan oleh media, kita ambil sikap berbincang secara dalaman dan itu sikap kita. Apa yang DAP buat, itu hal dia dan kita lebih bersikap dalaman,” katanya.
Share:

0 comments:

Post a Comment

fb admin

STEVIA PREMIUM 5 DALAM 1

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pemanis Semulajadi Pengganti Gula
SIAPA YANG PERLUKAN STEVIA ?
Bayi seawal usia 6 bulan
Orang yang sihat
Remaja
Kanak-kanak
Ibu Bapa yang sudah berusia
Orang yang menghidap sakit kronik
Orang yang sedang menurunkan berat badan
Orang yang ingin kulit cantik
Orang yang takut Penyakit Bahaya

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pages

onlineshop

0139299944

RM140.00 TERMASUK KOS POS


Pakej Dealer



Theme Support

1 Botol x 15ml - RM50.00

3 Botol x 15ml - RM140.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00
Anda Dapat:
RM15.00 simpan utk UMRAH
RM25.00 dibayar Cash