Monday 23 February 2015

Taklimat Kanun Jenayah Syariah di pejabat DAP

KOTA BHARU: Pada 20 Oktober 2011 kerajaan Kelantan menjelaskan mengenai Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) II kepada pemimpin-pemimpin kanan DAP di pejabat parti itu di Kuala Lumpur.



Hadir sama pada perjumpaan berkenaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, sebulan sebelum itu penjelasan mengenai enakmen tersebut juga dibuat kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

“Taklimat yang dibuat di pejabat DAP di Jalan Sungai Besi dihadiri pemimpin-pemimpin utama parti terbabit,” katanya pada dialog mengenai EKJS II bersama wakil-wakil media di sebuah hotel di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Sekretariat Tetap EKJS II, Datuk Takiyuddin Hassan, ahli Jawatankuasa Teknikal EKJS, Nik Bahrum Nik Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Fadhli Mohd Zain.

Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo dilaporkan berkata PAS bukan lagi sebahagian kompenan Pakatan Rakyat sekiranya bertegas membentang pindaan EKJS pada persidangan Dun Mac ini.

Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal EKJS (II) berkata kanun terbabit dilulus di persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Oktober 1993 selepas mendapat sokongan 36 Adun yang hadir.

“Turut memberi sokongan dua Adun BN yang meninggal Semangat 46 iaitu Nordin Salleh (Sungai Pinang) dan Wan Najib Wan Muhamad (Limbongan).

“Malah ketika sokongan dibuat kedua-dua Adun BN terbabit menyebut bersetuju sangat,” katanya.

Seksyen 56 (1) EKJS II juga menyebut ‘perundangan tersebut hanya terpakai ke atas orang-orang Islam yang mukalaf sahaja atas apa-apa kesalahan dibuat’.

Oleh itu Mohd Amar berkata, orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana EKJS tidak membabitkan mereka.

Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) terletak di bawah bidang kuasa Parlimen, memperuntukkan Dun boleh menggubal dan melaksanakan apa-apa kesalahan jenayah dengan tertakluk had hukuman tidak melebihi penjara 3 bulan, denda RM5,000-00 atau 6 sebatan.

Beliau juga berkata, sekiranya pindaan Akta 355 dibuat, pelaksanaan EKJS II tidak dapat dilakukan secara menyeluruh kecuali kebenaran parlimen di bawah Perkara 76A.

“Ini kerana sebahagian besar kesalahan jenayah hudud dan qisas seperti mencuri, merompak, merogol, mencedera dan membunuh terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (penal code),” katanya.

Pada 2 April 2014 lalu, kerajaan negeri mengumumkan bercadang membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk mendapat kebenaran Parlimen bagi membolehkan EKJS II dilaksanakan di Kelantan.

Beliau juga berkata, pindaan EKJS pada persidangan Dun Kelantan Mac ini hanya melibatkan perkara-perkara teknikal termasuk nama Mahkamah Agung ditukar kepada Mahkamah Persekutuan.

Ditanya bila rang undang-undang persendirian akan dibawa ke parlimen, beliau berkeyakinan dapat dibentang tahun ini. - HARAKAHDAILY 23/2/2015
Share:

0 comments:

Post a Comment

fb admin

STEVIA PREMIUM 5 DALAM 1

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pemanis Semulajadi Pengganti Gula
SIAPA YANG PERLUKAN STEVIA ?
Bayi seawal usia 6 bulan
Orang yang sihat
Remaja
Kanak-kanak
Ibu Bapa yang sudah berusia
Orang yang menghidap sakit kronik
Orang yang sedang menurunkan berat badan
Orang yang ingin kulit cantik
Orang yang takut Penyakit Bahaya

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pages

onlineshop

0139299944

RM140.00 TERMASUK KOS POS


Pakej Dealer



Theme Support

1 Botol x 15ml - RM50.00

3 Botol x 15ml - RM140.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00
Anda Dapat:
RM15.00 simpan utk UMRAH
RM25.00 dibayar Cash