Sunday 1 February 2015

Krisis isu PBT gugat hubungan Pas, DAP

Dari kiri: Guan Eng dan Mustafa Ali.

KUALA TERENGGANU – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali tidak menolak krisis antara beliau dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng boleh memberi kesan terhadap hubungan Pas dan DAP.

Keadaan itu tidak boleh dielak kerana ia membabitkan perselisihan antara dua pimpinan kanan parti, secara tidak langsung memberi tempias kepada kedua rakan sekutu dalam PR.

Beliau menegaskan isu yang timbul berhubung pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bukan antara parti, tetapi bersifat peribadi antara beliau dan Guan Eng.

“Dia (Guan Eng) tidak boleh dipisahkan dengan (imej) DAP. Saya pun tidak boleh dipisahkan dengan Pas. Tidak mengapa, (isu ini melibatkan) saya seorang. Dia pun seorang. Orang hendak tafsir macam mana ikutlah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Himpunan Harapan Untuk Semua 3.1 (Harap 3.1) di Telaga Daing, semalam.

Terbaharu, Mustafa mendedahkan beliau ada bukti bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang itu berbohong mengenai isu pilihan raya PBT.

Sebelum itu, Mustafa menyifatkan Guan Eng celupar dan mencabarnya berdebat selepas Guan Eng dakwa beliau berbohong dalam isu pelaksanaan pilihan raya itu.

Sementara itu, beliau enggan menggambarkan sebarang kemungkinan termasuk keluar PR kerana, menurutnya, Pas masih bersama PR.
Katanya, pemimpin pemimpin DAP pernah membayangkan bahawa tiada apa-apa perkara besar akan berlaku sekiranya PR berpecah.

“(DAP) sebut Pas hendak bakar jambatan, tapi dia dulu sebut kenyataan awal dia kalau berlaku perpecahan pun dunia tidak akan kiamat.

"Dunia tidak kiamat kalau berlaku perpecahan, ini kenyataan dia,” katanya.

Ditanya bila isu itu boleh selesai, Mustafa berkata, ‘episod pertama’ itu perlu diselesaikan terlebih dahulu
Share:

0 comments:

Post a Comment

fb admin

STEVIA PREMIUM 5 DALAM 1

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pemanis Semulajadi Pengganti Gula
SIAPA YANG PERLUKAN STEVIA ?
Bayi seawal usia 6 bulan
Orang yang sihat
Remaja
Kanak-kanak
Ibu Bapa yang sudah berusia
Orang yang menghidap sakit kronik
Orang yang sedang menurunkan berat badan
Orang yang ingin kulit cantik
Orang yang takut Penyakit Bahaya

GANTI GULA,
SAYA TITIK DALAM TEH O PUN SEDAP-
ORDER : 0139299944

Pages

onlineshop

0139299944

RM140.00 TERMASUK KOS POS


Pakej Dealer



Theme Support

1 Botol x 15ml - RM50.00

3 Botol x 15ml - RM140.00 ( Auto jadi ahli )

SMS : 0139910717

Taja Pakej Sekotak RM100.00
Anda Dapat:
RM15.00 simpan utk UMRAH
RM25.00 dibayar Cash